ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jan-2008 03:42 Email | Share | Bookmark
APA SUDAH JADI DENGAN FILEM ADUH SALIHA?

APA SUDAH JADI DENGAN FILEM ADUH SALIHA?
Contributed by Giggs @ Gombak


Penggambaran filem Aduh Saliha yang sedang rancak pembikinannya di sekitar Sabah terhenti
penggambarannya sejak dua bulan lalu. Difahamkan penggambaran baru saja selesai kira-kira 20
hingga 30 peratus saja. Apalah malangnya Aduh Saliha, sudahlah nak mencari Saliha satu penantian
menyeksakan, dah mula shooting, tergendala pula. Antara punca utama Aduh Saliha terhenti
penggambarannya disebabkan masalah kewangan.


Sepanjang tahun lalu teka teki siapakah gadis bertuah yang akan memegang watak Saliha dalam filem
arahan M.Nasir, Aduh Saliha memakan masa begitu lama untuk menemui jawapannya sehinggalah Duta
Silky Girl
, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin diberi tanggung jawab menggalas peranan berkenaan
di sisi Raja SMS iaitu Bintang Paling Popular 2006, Asmawi Ani atau Mawi.


Sementara itu, Puteri Sarah pula menghadapi masaalah masa kerana telah mula sibuk dengan pengajian
dalam bidang perhotelan di UiTM Pulau Pinang. Sebelum ini, dia pernah berkorban menangguhkan
pengajianya semata-mata untuk menjayakan watak Saliha. Namun kini, dia tidak boleh lagi tangguh
semester lagi kerana ia melanggar syarat pengajian.

Advertorial

Advertise with Artis Glamer?Click Here! / Click here to Join Artis Glamer Fan Club!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net