ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 14-Jan-2008 03:56 Email | Share | Bookmark
KISAH KEJUJURAN NING & OMAR

SPECIAL MESSAGE



KISAH KEJUJURAN NING & OMAR
Contributed by Firdaus @ Ampang


Cerita ini disampaikan sumber dalam sebuah syarikat pengeluar barangan kemas terkemuka. Kisahnya
Ning Baizura dan tunangnya, Omar Sharif ke cawangan kedai barang kemas itu untuk membeli barangan
hantaran. Mereka membeli satu set barang kemas yang berharga puluhan ribu ringgit dan bayaran
dibuat menerusi kad kredit. Sejam selepas itu, semua kakitangan kedai hairan apabila Ning dan
tunangnya datang kembali.


Mereka tidak mengesyaki apa-apa dan dalam kepala pihak pengurusan, mungkin pasangan itu mahu
membeli barang lagi tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila Ning menjelaskan pembayaran yang
dicaj menerusi kad kredit yang dibuat bukanlah harga sebenar barang dibeli.Kata Ning, pihak
pengurusan yang menguruskan pembelian itu tersalah caj dengan memberikannya harga ribuan dan bukan
puluhan ribu seperti yang tertera pada barang kemas itu.


Apabila mendengarkan penjelasan Ning, pihak pengurusan itu jadi panik dan tidak terkata apa-apa.
Mereka benar-benar terhutang budi dan amat berterima kasih atas kejujuran yang ditunjukkan Ning
dan tunangnya. Kalau orang lain, mungkin sudah lama mereka mendiamkan diri memandangkan kesilapan
berlaku disebabkan kecuaian pihak pengurusan. Bagaimanapun, kejujuran itu harganya jauh lebih
besar. Diharapkan kisah Ning ini dapat dijadikan teladan.

Advertorial

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net