ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jan-2008 16:29 Email | Share | Bookmark
BUKA BAJU, FAIZAL TAHIR DIGANTUNG, ROYALTI DISEKAT.

 
 
BUKA BAJU, FAIZAL TAHIR DIGANTUNG, ROYALTI DISEKAT.
Contributed by Naz @ Sepang


Aksi meluncurnya yang disifatkan keterlaluan apabila dua lagu dendangannya Kasih Tercipta
dan Mahakarya Cinta diumumkan mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-22. Kini
tercetus pula kontroversi apabila dia menanggalkan bajunya pula ketika konsert ulang tahun
keempat 8TV di Bandar Utama, yang ditayangkan secara langsung ke seluruh negara Ahad lalu.

Faizal Tahir mengakui dia tidak berfikir panjang ketika melakukan perbuatan itu kerana
terlalu teruja ketika membuat persembahan. Akibat dari insiden itu, dia tidak dibenarkan
membuat sebarang persembahan 'live' untuk tempoh 3 bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia
.

Stesen 8TV juga dilarang dari membuat sebarang rancangan siaran langsung untuk 3 bulan.
Berikutan itu, 8TVturut mengambil tindakan dengan menyekat hasil royalti jualan album dan
pertunjukan pentas Faizal Tahir. Walaupun simpati dengan nasibnya, ramai yang tertanya
adakah Faizal akan belajar dari kesilapannya kali ini?

Advertorial

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net