ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jan-2008 08:25 Email | Share | Bookmark
CUCI JANGAN TAK CUCI, TENGOK JANGAN TAK TENGOK!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SPECIAL MESSAGE



CUCI JANGAN TAK CUCI, TENGOK JANGAN TAK TENGOK!
Contributed by Sham @ Bayu Tasik


Mengisahkan 4 orang pemuda iaitu FAIRIL (Afdlin Shauki), JOJO (Awie), C'TAN (AC Mizal) dan
KHAI (Hans Isaac) yang merupakan anak angkat Tok Bi telah meninggalkan kampung halaman untuk
berhijrah ke Kuala Lumpur dan menceburi bidang perniagaan pembersihan.

Perniagaan mereka kurang berjaya malah terlepas banyak peluang kerana sikap yang tidak serius
serta suka bermain ketika bekerja. FAIRIL sebagai abang paling senior, kecewa dengan sikap
adik-beradik angkatnya.

Pada suatu hari FAIRIL telah mendapat satu idea dan cuba mempengaruhi JOJO, C'TAN dan KHAI
untuk menyertai sebuah pertandingan iaitu WINDOW WASHING OLYMPIC. Beliau berharap dengan
menyertai pertandingan ini, sikap adik-adiknya akan berubah dan menjadi lebih serius dalam
pekerjaan mereka.

Sekiranya berjaya, syarikat mereka akan memenangi kontrak bernilai RM5,000.00 serta meluang
untuk mendapatkan kontrak pembersihan di KLCC. Namun, dapatkah FAIRIL meyakinkan adik-adiknya
untuk menyertai pertandingan ini? Dan mampukahkah dia membina pasukannya untuk menghadapi
cabaran WINDOW WASHING OLYMPIC? Saksikan CUCI di pawagam berhampiran hari ini!


Filem yang di tulis oleh Harith Iskandar ini merupakan filem pertama dibawah arahan Hans
Isaac
. CUCI yang membawa genre komedi selamba turut menampilkan Erra Fazira, Umie Aida dan
Dato' Rahim Razali serta penampilan istimewa oleh CJ, Rusdi Ramli, Que Haidar, Ida Nerina,
Syanie dan Yusni Jaafar. "Angan-angan adalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan..."

Sponsors

e-mail myfotopages@gmail.com to contribute articles or to advertise


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net