ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Feb-2008 10:10 Email | Share | Bookmark
ANUGERAH JUARA LAGU KE-22

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ANUGERAH JUARA LAGU
Contributed by Fariz @ Jalan Raja Laut, KL


Anugerah Juara Lagu Ke-22 telah berlangsung dengan penuh warna-warni di Stadium Putra Bukit
Jalil
minggu lalu. Kumpulan Estranged mengejutkan ramai peminat dan pemerhati muzik tanahair
apabila menggondol juara kategori Pop Rock dan Keseluruhan. Mereka membawa pulang
wang tunai berjumlah RM37,000 setelah mempersembahkan lagu ciptaan mereka, Itu Kamu.


Lagu Samudera nyanyian Nora, ciptaan suaminya, Johan Nawawi, berjaya menjuarai kategori
Etnik Kreatif. Manakala Sahri pula, membawakan lagu Izinku Pergi bagi menggantikan Kaer,
berjaya menggondol juara kategori Balada. Tidak ketinggalan, Mawi muncul pemenang untuk
Persembahan Terbaik.


Walaupun tidak memenangi sebarang anugerah, persembahan Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu
Destinasi Cinta berjaya memukau peminat selain mendapat tepukan paling gemuruh pada malam
tersebut. Gandingan Jaclyn Victor dan Lah VE dengan lagu Ceritera Cinta pula berjaya
merangkul kemenangan Vokal Terbaik.


Walaupun tanpa penyanyi asal, lagu Izinku Pergi nyanyian Sahri tetap bertenaga. Fiq pula
berjaya membawakan lagu Mahakarya Cinta dengan baik sekali, manakala Bob memukau stadium
dengan lagu Kasih Tercipta bagi menggantikan Faizal Tahir. Ramai yang terpegun dengan
kekuatan vokal Bob, namun sekiranya diberi lebih masa, pastinya Bob tidak pulang dengan
tangan kosong.


Bekas Juara Lagu, Aishah dan Ramlah Ram turut mempersembahkan vokal yang mantap. Aishah
dengan lagu Kasihnya Balkis dan Ramlah dengan lagu Dirgahayu membuktikan bahawa penyanyi
senior masih relevan dalam industri muzik tanahair.

Sponsors

Click here to Join Artis Glamer Fan Club!! / Read & See More Photos... Click Here!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net