ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Nov-2006 09:24 Email | Share | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Sarimah - Amir!

Lovey Dovey Couple.... Amir and Sarimah!!
Tahniah buat pelakon dan pengacara popular Sarimah Ibrahim yang telah
pun melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Amir Andrew Browning
di Dublin, Ireland pada 13 Mei lepas.



Pasangan tersebut telah diijabkabulkan di Masjid Dublin, Ireland
manakala majlis perkahwinan mereka telah diadakan di Kilkenny pada 14
Mei dengan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat.
Koleksi Sarimah) "Majlis itu berlangsung secara kecil-kecilan sahaja. Tetapi, saya amat gembira kerana keluarga saya di Ireland dan juga keluarga Amir di Brisbane, Australia dapat
turut serta di dalam majlis yang penuh bermakna bagi saya ini," ujar
Sarimah.

Ditanya mengapa perkahwinan mereka dilangsungkan secara rahsia,
pengacara berusia 28 tahun ini berkata, semuanya adalah disebabkan oleh
faktor masa yang tidak mengizinkan.

"Bukan niat untuk berahsia sebenarnya. Memang saya tidak berkesempatan
untuk mengumumkannya kerana saya baru saja memulakan sesi semester kedua
pengajian saya dan agak sibuk dengan bidang pengacaraan.
"Insyaallah, kami akan adakan sebuah majlis kenduri nanti untuk
kenalan, peminat-peminat dan juga rakan-rakan media.

"Kemungkinan besar akan diadakan di rumah nenek saya di Batu Pahat,
Johor dalam tahun ini juga," katanya yang kini sedang sibuk sebagai
pelajar jurusan psikologi di Help University.
Sarimah yang berdarah kacukan Melayu-Irish, mula berkenalan dengan Amir
kira-kira enam tahun lepas.

Amir, 35, yang telah memeluk agama Islam tiga tahun lalu adalah seorang
arkitek dan kini telah pun menetap di Malaysia selama 10 tahun.
Menurut Sarimah lagi, mereka juga sengaja melangsungkan majlis
perkahwinan di Ireland untuk memudahkan adiknya, Ismel Ibrahim, 21,
yang baru sembuh daripada penyakit leukemia untuk turut hadir.
"Dia memang tinggal di sana. Ketika ini, keadaan dia pun masih belum
cukup sihat, jadi susahlah kalau kami adakan di Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarimah turut menjelaskan, dia dan suaminya masih belum
bersedia untuk mempunyai anak dalam masa terdekat ini "Saya masih aktif
bekerja dan kalau boleh, biarlah saya habiskan pengajian saya dulu,"
ujarnya yang kini menetap bersama suaminya di Damansara


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net