ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Nov-2006 07:39 Email | Share | Bookmark
Sarah Raisuddin ada BF Mat Saleh??..

Macho siott James pakai baju Melayu
Sarah yang comel
Aikk dah pakai tudung??
Dread lock style la beb
Sarah and James
Cheewah...


Hmmm... this is another scoop Orkid World has forwarded another great NEWS!!! Sarah Raisuddin ada BF Mat Salehlah. In one of the images, he was aptly named James. Huh power tuh. But this cud be abang angkat si Sarah ni kot.. Coz I tot that he was going out with Zahid AF2. Can anybody confirm this??

Latest Update!!!

BARU-BARU ini tersebar di Internet beberapa keping gambar yang menggambarkan kemesraan penyanyi Siti Sarah Raisuddin dengan seorang jejaka `mat saleh’.

Malah khabarnya sudah banyak mata yang melihat kemesraan penyanyi genit itu bersama lelaki yang dikenali sebagai James Henry Robinson itu. Ada yang mendakwa, jejaka kacak itu yang kini menetap di negara ini adalah teman istimewa Siti Sarah.

Malah ada yang berkata, penyanyi genit yang kini popular dengan single, Bersamamu dan Tinggal Serpihan itu akan menamatkan zaman bujangnya dengan James.

Mega menghubungi Siti Sarah untuk mendapatkan pengesahannya dan dia hanya ketawa kecil apabila diajukan soalan mengenai cerita-cerita tersebut.

Pun begitu, Sarah tidak pula mengelak untuk berbicara tentang pelumba motocross yang mewakili pasukan KTM dan pernah menjuarai perlumbaan motocross Asia Pasifik itu walaupun cuba menegaskan hubungannya dengan jejaka dari New Zealand itu masih di peringkat perkenalan.


“Saya baru beberapa bulan mengenali dia. Belum sampai tahap bercinta lagi,” kata calon separuh akhir Muzik-Muzik 21 untuk lagu Bersamamu dan Menari Denganku (duet dengan Zahid AF2) itu.

Dan Siti Sarah tanpa berselindung mengakui temannya itu memeluk agama Islam setelah berkawan dengannya.

“Ya... saya mengajarnya tentang perkara yang perlu diketahuinya mengenai Islam apabila dia bertanya dan memberitahu, tertarik untuk mengenali agama syumul ini.

“James yang kini bernama Mohd. Harith Robinson telah memeluk Islam tahun ini. Tetapi itu tak bermaksud apabila dia memeluk Islam, kami akan berkahwin.

“Saya pun baru berusia 22 tahun. Banyak lagi perkara yang perlu saya lakukan untuk diri, keluarga dan syarikat,” tegas Sarah yang muda setahun daripada James.

Bercerita mengenai pengenalan mereka, Siti Sarah yang mesra dipanggil Sarah tanpa mahu mengulas panjang memberitahu, segalanya berlaku secara kebetulan.

“Nantilah... satu hari nanti saya akan ceritakan secara jelas. Buat masa ini, saya masih belum bersedia.

“Cukuplah jika saya katakan, saya senang berkawan dengannya dan dia juga seorang yang kelakar.

“Dan lebih penting, semasa mula-mula mengenali saya, dia tidak tahu tentang status saya sebagai penyanyi.

“Perkara itu menyeronokkan saya dan memberi saya peluang untuk mengenali hati budinya.

“Saya sendiri walaupun tahu dia pelumba motocross tetapi tidak tahu yang dia adalah juara perlumbaan Asia Pasifik.

“Tapi akhirnya rahsia saya terpecah juga apabila dia bertanya mengapa ramai yang datang kepada saya setiap kali keluar bersama,” cerita Siti Sarah yang ketika ini sibuk mengumpul material untuk album terbarunya yang bakal dipasarkan pertengahan tahun depan.

Source: Orkid World and Utusan Online


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net