ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Nov-2006 08:16 Email | Share | Bookmark
Awie Records

His last Movie, Baik Punye Cilok
His last Album, Santai
Now His Sitcom, Awie Records


Awie Records dedikasi Mamat Khalid kepada Awie

CERITANYA mudah - kisah seorang penyanyi bernama Awie yang memiliki sebuah kedai muzik di ibu kota. Namun kelainan konsep yang diketengahkan oleh pengarahnya mungkin berbeza daripada sitkom yang sedia ada.

Berkonsepkan open-fun, program 26 episod itu menampilkan nilai-nilai positif perhubungan sesama insan.
"Mungkin pendekatannya ringan dengan pemilihan genre komedi. Tetapi ada nilai yang ingin diterapkan dalam setiap episod.

"Kisahnya tentulah berkisar mengenai industri seni tanah air di samping menyelitkan isu-isu semasa termasuk tentang setia kawan dan cinta.
"Setiap peristiwa dan pengajaran yang diperoleh akan dicatatkan oleh Awie dalam catatan peribadinya di akhir setiap rancangan.
"Sesekali Awie turut mengadakan persembahan istimewa," jelas Mamat Khalid mengenai program hasil nukilannya itu.

Menurut Mamat, dia sengaja melahirkan rancangan tersebut untuk Awie dengan alasan mahu khalayak melihat sisi lain penyanyi itu yang tidak diketahui ramai.
"Orang selalu melihat Awie dengan pandangan negatif tetapi mereka tidak tahu bagaimana sikapnya jika di luar skrin.

"Saya sendiri hanya menyedari hal berkenaan apabila berkolaborasi dengannya dalam filem arahan saya, Zombi Kampung Pisang tidak berapa lama dulu.



"Ketika itu barulah saya tahu karakter sebenar Awie yang sangat mesra, penyayang dan kelakar.
"Justeru, sitkom ini saya dedikasikan kepadanya khusus untuk memberi ruang dia mendekati peminatnya melalui kaca TV.

"Malah tidak akan ada Awie Records lagi selepas ini apabila tamat ke semua 26 episod yang mengambil masa selama enam bulan tayangan itu," kata Mamat yang telah pun memulakan penggambaran siri itu sejak 31 Oktober lalu.

Awie sendiri mengakui teruja dengan Awie Records kerana belum pernah menzahirkan bakatnya dalam sitkom. Menurut Awie, tajuk asal sitkom itu ialah Pusat Muzik Daud tetapi diubah kepada Awie Records apabila dia memberi persetujuan untuk terlibat menjayakannya.

"Saya berterima kasih kepada Mamat Khalid kerana tidak sahaja mempercayai bakat yang ada tetapi hasratnya untuk menonjolkan sisi lain diri saya yang tidak diketahui orang," kata Awie.
Penyanyi kumpulan Wings itu juga memberitahu, pembabitannya dalam sitkom berkenaan turut memberinya pengalaman baru, umpamanya berhadapan dengan penggunaan multiple camera.

"Menariknya, sitkom ini juga tidak sahaja menampilkan suasana komedi tetapi juga romantik dan drama," kata Awie yang pernah muncul buat pertama kali di kaca TV memegang peranan utama bersama Aida Radzwill dalam drama berjudul Wajah Di Sebalik Tabir pada lewat tahun 80-an.

Source: Utusan Online

Artis Glamer Sez: Ni Rezeki anak ni Awie. Tak sabar rasanya nak nonton nih!!!!
JOM KAHWIN! RILEKS @ ABAKIM TIGA ABDUL GOOD FOOD! ORKID WORLD!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net