ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 24-Nov-2006 08:05 Email | Share | Bookmark
Update on Dr. Fazley kesayangan kita.

Pengantin 1st public appearance

Kehadiran penyanyi, pelakon serta pengacara Dr Fazley Yaakob dengan inai
masih merah di jari sambil memimpin seorang gadis mencuri tumpuan tetamu
yang menghadiri Majlis Silatulrahim serta jamuan Hari Raya Pertubuhan Seni
Silat Gerak Kilat Kebangsaan (PSSGKK) di sebuah hotel di Ampang, petang
Sabtu.

Beliau yang naik ke pentas kerana diberi peluang memperkenalkan buku
tulisannya Motivasi Santai terbitan Kumpulan Karangkraf turut menjemput
gadis berkenaan ke pentas dan memberitahu tetamu bahawa itulah isterinya
Azrene Soraya.

Sebenarnya ramai peminat seni tanah air terutama peminat Fazley tidak
mengetahui bahawa beliau sudah beristeri kerana ia tidak disiarkan oleh
kesemua media arus perdana sejak mereka dijabkabulkan pada 7 November lalu .

Azrene, seorang peguam adalah anak Datin Seri Rosmah Mansor ( dari bekas
suami pertamanya ), isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak diijabkabulkan pada hari itu di Masjid Saidina Abu Bakar Bukit
Damansara, Kuala Lumpur


Ketika ditanya oleh wartawan AgendaSelangor.com, Roslan Bian apakah dia
berkecil hati kerana perkahwinannya itu tidak dilaporkan mana-mana media,
Fazley yang juga Pengarah Eksekuti Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala
Lumpur berkata, memang keluarganya tidak mahu membesarkan cerita
perkahwinannya.

Hadir sama di majlis itu, bapa Fazley iaitu Setiausaha Kerja Barisan
Nasional, Senator Datuk Yaakob Mohamad dan isterinya ,Speaker Dewan Undangan
Negeri Selangor, Tan Sri Onn Ismail serta Yang Dipertua PSSGKK, Datuk
Profesor Raden Haji Johari Mansor.

Source: ORKID WORLD

JOM KAHWIN! ORKID WORLD TIGA ABDUL


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net