ARTIS GLAMER
Majalah Hiburan Online Terhangat Masa Kini. Berita Terkini & Sensasi Industri Seni Serantau. Lebih 100,000 Hits Setiap Bulan.
By: Artis Glamer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Nov-2006 06:53 Email | Share | Bookmark
Filem baru temukan Fazura dan bintang Sinetron Indon Teuku Zacky

Fazura and Zacky
MEMBESAR dalam lingkaran industri perfileman yang berbeza, namun peluang beraksi dalam produksi tempatan membuahkan pengalaman yang cukup manis terutama kepada Teuku Zacky Azwar.
Akui pemuda kelahiran Bandung, Indonesia yang sudah tujuh tahun berlakon itu, dia teruja apabila bakat besarnya diintai pengarah luar. Di negara kelahirannya, nama Zacky lebih menyerlah sebagai bintang sinetron.

"Saya menyukai cara kerja produksi di sini. Disiplin mereka cukup tinggi, malah saya sendiri mendapat kerjasama yang cukup baik ketika di lokasi. Dalam keseronokan mengorak langkah, saya dilanda debaran yang hebat.

"Saya bimbang pengucapan dialog dipertikai kerana cara percakapan saya masih pekat dengan loghat Indonesia. Alhamdulillah, banyak pihak yang sudi membimbing justeru sepanjang dua bulan penggambaran saya tidak kekok bertutur cara orang di sini," katanya.



Digandingkan dengan aktres sensasi, Nur Fazura Sharifuddin, Zacky berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan pelakon itu. Biarpun banyak mendengar berita kurang enak mengenai peribadi Fazura, bagi Zacky, dia tidak berhak untuk mencampurinya.

"Jujurnya dia tidak seperti yang digambarkan. Saya tiada masalah sepanjang bekerja dengannya," kata pemuda berusia 23 tahun itu.

Tambah Zacky, tidak sukar untuk dia mencipta keserasian kerana Fazura tahu apa yang perlu diberikan apabila mereka berada di lokasi. Malah, setiap kali ada masa terluang, dia akan berbincang untuk mendapatkan idea terbaik.

"Keserasian itu datang secara spontan. Mungkin kerana kami terlalu kerap bertukar pandangan mengenai kehidupan, juga cara kerja penggiat industri Malaysia dan Indonesia menyebabkan kami cepat faham kehendak masing-masing," katanya.

Untuk membangunkan emosi dan keserasian dengan tenaga produksi di lokasi, Zacky cuba mendalami keperluan dan cara kerja penggiat perfileman di sini. Bermula ketika sesi pembacaan skrip, dia berusaha mendekatkan diri dengan semua tenaga kerja utama produksi untuk membangkitkan keserasian.

"Saya bersyukur kerana penerbit filem ini, Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Ibni Tuanku Ja'afar Al-Haj dan Tunku Mimi Wahida Tunku Wahman begitu prihatin, malah kerap memberikan idea untuk memantapkan Kayangan.

"Kepercayaan ini memberi saya kepuasan serta membakar semangat untuk melakukan yang terbaik," katanya yang turut membintangi Gong sebagai bintang undangan.
Kontroversi tak jejas Fazura

BIAR apa juga kontroversi atau cerita kurang enak yang menyinggah pendengarannya, semua itu menjadi penawar paling manis buat gadis kelahiran Pekan, Pahang itu. Semakin teruk dikritik atau dijatuhkan, semakin melimpah rezeki yang datang kepadanya.

Itulah tuah Fazura. Berkat kesabarannya, gadis berusia 23 tahun itu meniti fasa baru kehidupan dengan pelbagai tawaran yang menguji kemampuannya sebagai pelakon yang kian meningkat nama.
"Pada mulanya saya bercadang untuk bercuti dan merehatkan badan kerana sejak beberapa bulan lalu jadual lakonan saya terlalu sibuk. Nampaknya, saya terpaksa mencari ruang untuk bercuti kerana kebetulan beberapa tawaran baru datang.

"Mungkin selepas menjayakan penggambaran Korban Kasih untuk slot Dilema Wanita bersama Erma Fatima, saya akan mencuri masa bercuti. Pertengahan Disember, saya kembali sibuk kerana terikat dengan drama Diari Datin arahan Rashid Sibir," katanya.

Menyentuh watak Masiera dalam Kayangan, Fazura berkata, ini kali kedua dia membawakan watak gadis kampung selepas Senario XX. Kelihatannya mudah namun itu tidak bermakna dia tidak tercabar membawakan peranan itu.

"Dari segi emosi, watak itu agak mencabar kerana dia melalui episod cinta tidak kesampaian. Biarpun zahirnya, Masiera nampak ceria tetapi dalam hatinya dia banyak memendam perasaan.
"Situasi itu cukup mencabar kerana ia menuntut kekuatan dalam untuk saya merealisasikan amanah yang diberikan," katanya.



Facts about Teuku Zacky
Nama Penuh: Teuku Zacky Azwar
Tempat/Tarikh Lahir: Bandung/23 Januari 1983
Tinggi/Berat: 187cm/76 kg
Pendidikan: Sinematografi IKJ
Sinetron: Anak Milyader, Dunia Belum Kiamat, Udin Pe-Ak, Rio dan Giono, Perkahwinan Sedarah, Gengsi Gede-Gedean, Cowok Cowok Keren, Pelangi Harapan, Beri Aku Bunga Setangkai, Tujuh Tanda Cinta
Telefilem: Cinta Harusnya Happy, Katakan Dengan Bunga, Bingkai Kehidupan, Guruku Cantik Sekali
Filem: Gong dan Kayangan
Iklan: Nuvo Premium, Kacang Garuda, Polytron, Sprite, Kifkif Candy, Miami Mint, Fanta

Facts about Nur Fazura
Nama Penuh: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Asal: Pekan, Pahang
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon, Model Iklan, Pengacara
Filem: Bicara Hati, Qaisy dan Laila, Senario XX, Gol & Gincu, Kayangan
Teater: Suzana@60
Iklan Komersial: Pantene


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net